TF Value Mart

Resepi Lontong Nasi Daun Pisang

Sajian wajib tiap kali Aidilfitri menjelma mesti ada ketupat dan lemang. Tahun ni apa kata tukar sikit. Kita buat lontong daun pisang pulak. Caranya senang jer, tapi nikmatnya bila makan lontong yang lembut dengan rendang atau serunding memang susah nak digambarkan sedapnya. Luarbiasa! 

Walaupun makan masa yang lama untuk masak, hasilnya  dijamin berbaloi!

Bahan-bahan: 

Untuk perapan

  • ½ kg beras
  • Daun pisang
  • Lidi/pencungkil gigi (secukupnya)
  • Sedikit garam

 

Langkah penyediaan:

  • Cuci beras hingga bersih dan toskan.
  • Lap daun pisang dengan kain lembap dan layurkan atas api kecil supaya mudah dibentuk dan tidak pecah.
  • Gulung daun pisang dan kemaskan hujungnya dengan lidi atau pencungkil gigi. Untuk dapatkan bentuk bulat pada bahagian hujung, guna pemegang senduk kayu.
  • Isi beras yang telah ditoskan tadi memenuhi ¼ bahagian daun dan lipatkan hujungnya. Kemaskan dengan lidi.
  • Masukkan lontong dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan tambah air sehingga paras lontong. Masak selama 3-4 jam, atau sehingga lontong masak.
  • Bila dah masak, toskan lontong dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Tips penting:

  • Untuk membuat lontong yang cantik, gunakan beras biasa. Elakkan guna beras basmathi atau beras wangi.
  • Jangan isi beras melebihi ¼ kelongsong daun pisang. Jika beras terlalu banyak, lontong akan menjadi keras dan bahagian tengah akan jadi nasi. Jika kurang pula, lontong akan jadi lembik.
  • Masa memasak yang sempurna biasanya mengambil masa hampir 6 jam. Ini bagi memastikan lontong masak dengan elok dan tahan lebih lama.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!