Resepi Lempuk @ Gula Durian yang tidak ditelan dek zaman.

Siapa pernah makan Lempuk Durian? Sis tak pernah buat tapi dulu arwah mak selalu buat! Memang padu dan warnanya agak keperang-perangan. Ni la first-time sis nak cuba buat sebab ada durian lebih kat rumah. Jom sama-sama kita ikut resepi mudah ni ye.

Bahan-bahan: 

  • 1 biji durian> yg sederhana besar, ambil isinya 
  • Gula Melaka ikut kemanisan, kalau nak campur gula putih sikit pun ok 
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam 

Cara-cara:

  1. Asingkan isi durian n biji. Masukkan isi durian dlm periuk beserta gula, ikut kemanisan tapi jgn terlampau byk gulanyer sbb bila sejuk dia keras, masukkan secubit garam dan daun pandan.

  2. Dengan menggunakan api kecil, kacau bahan2 yang dicampurkan tadi sehingga likat berkilat lebih kurang 30min-45min, lagi lama lagi bagus sbb tahan lama lempuknyer. 
  3. Bila dah masak, keluarkan daun pandan tadi, dan masukkan dlm bekas bertutup rapat.
  4. Boleh dimakan dgn roti dan biskut, boleh juga dicampurkan kek atau muffin atau yang sewaktu dengannya. Bolehlah di simpan di dalam peti ais utk lebih tahan lama lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!