Laksa Sardine memang nampak biasa je, tapi sekali dah rasa memang nak lagi. Kuah pekat, pedas ngam-ngam dan bau dia tu memang buat naik selera. Nak buat pun tak perlu banyak bahan, semua boleh dapat kat TF Value-Mart. So korang kalau craving laksa, jom cuba resepi Laksa Sardine ni, confirm jadi! Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
- 1 tin sardine besar (resepi ini tak ambil sosnya)
- Mi Laksa
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Asam keping
- Garam & gula secukupnya
Bahan-bahan kisar halus:
- Air secukupnya
- Bawang merah
- Belacan
- Cili kering
Bahan sampingan:
- Salad
- Timun batang
- Bawang
- Cili padi atau akarnya
- Limau
- Telur rebus

Cara-cara:
- Kisar ikan sardine (asingkan dengan sos).
- Masukkan ikan sardine tadi serta bahan kisar ke dalam periuk berisi air bersama daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
- Tambah garam dan gula secukupnya.
- Masak hingga mendidih.
- Kemudian rebus mi laksa hingga lembut dan toskan.
- Laksa sardine sedia dihidang bersama telur rebus, salad, timun, bawang, cili padi, limau dan kuah laksa.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











