TFValue Mart

Resepi Kunafa Cheese Tarik

Siapa yang suka juadah manis, mesti akan suka dengan manisan daripada Tanah Arab ini iaitu Kunafa. Bukan sahaja manis, malah dilimpahi penuh dengan keju seperti mozarela dan ‘keju arab’  ditabur pula dengan kacang pistachio. 

Mana yg belum berkesempatan merasa juadah ini boleh je buat sendiri di rumah. Memang mantap!

Bahan-bahan: 

  • Kunafa Pastri / Kataifeh
  • Cream Cheese / Akkawi Cheese
  • Susu 250ml
  •  Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
  • Air Mawar
  • !/2 biji Lemon
  • 2 sb Gula 
  • 200ml air
  • Kacang Pistachio (cincang kasar)
  • Butter yang telah dicairkan

Langkah Penyediaan:

  • Curahkan melted butter atas Kunafa Pastri untuk bagi warna kuning sikit, gaul hingga rata.
  • Masukkan kunafa pastri dalam acuan. Tekan supaya padat sikit.
  • Panaskan susu dan tambahkan cream cheese dan cheese arab. 
  • Potong mozzarella cheese menjadi kiub kecil dan tambah kan ke dalam campuran susu dan keju tadi. Kacau sehingga semua keju cair.
  • Tuang campuran keju ke atas lapisan kunafa pastri dan tekan sedikit supaya mampat. Ulang langkah sama untuk lapisan kedua.
  • Bakar pada suhu 180°c selama 10-15 minit (sehingga kunafa pastri garing keemasan)
  • Untuk air gula, panaskan air dan larutkan gula. Tambahkan perahan lemon dan air mawar.
  •  Curahkan air gula keatas kunafa yang baru masak dan taburkan kacang  Pistachio. Sedia untuk dinikmati!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!