Sambutan Merdeka tak lengkap tanpa juadah yang penuh warna dan rasa! ✨ Kali ni, apa kata kita cuba Kuih Lapis Merdeka dengan gabungan warna merah, putih, biru dan kuning yang menyerlahkan semangat patriotik.
Bukan saja nampak cantik, kuih lapis ni juga mempunyai tekstur lembut dan kenyal yang sesuai dinikmati bersama keluarga. Bentuk bunga raya pula menjadikan kuih tradisional ini lebih istimewa untuk dihidangkan sempena bulan Merdeka!🌺

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung ubi kayu
- ¾ cawan tepung beras
- ¼ cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan
- 2 cawan air
- Secubit garam
- Air bunga telang (warna biru)
- Kordial jagung (warna kuning)
- Kordial sirap (warna merah)
- Acuan bunga raya size 5cm diameter x 2.3cm tinggi
📌 Setiap lapisan warna merah & putih menggunakan sukatan cecair sebanyak 6.5ml.
Cara penyediaan:
- Rendam bunga telang kering dengan air panas.
- Campurkan gula pasir, santan, air, tepung ubi kayu, tepung beras, tepung gandum dan secubit garam ke dalam pengisar. Kisar dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan merah, biru, kuning dan putih.
- Sapu sedikit minyak pada acuan bunga raya.
- Letakkan lapisan warna biru dan kuning, diselang-seli dengan warna merah dan putih. Kukus setiap lapisan selama 2 minit sehingga berkilat. Untuk lapisan terakhir,
- lebihkan masa mengukus dan sejukkan pada suhu bilik.

Resepi ni mudah untuk dicuba di rumah, lebih-lebih lagi untuk memeriahkan hidangan sempena sambutan Merdeka. Yang penting, gunakan bahan-bahan segar dan boleh dapatkan keperluan untuk membuat kuih lapis ni di TF Value-Mart.
Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang! ❤️💙💛🤍











