Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Korean Pancake: Simple dan Rangup, Terasa Macam di Korea Selatan

Asyik makan menu yang sama je kadang-kadang boleh buat rasa cepat bosan. Jadi apa kata kali ni tukar selera sikit dengan Korean Pancake. Rangup di luar, lembut di dalam dan penuh dengan isi udang serta sayur-sayuran. Resepi pun simple je, sesuai untuk makan petang, dinner ringan atau bila tiba-tiba craving makanan Korea lepas tengok drama. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • Daun bawang
  • Zucchini
  • Bawang hiris
  • Cendawan shitake
  • Isi udang

Bahan adunan pancake:

  • ¾ cup tepung gandum
  • ¼ cup tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • ¾ cup + ¼ cup air biasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan adunan pancake dan kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan udang dan sayur-sayuran ke dalam adunan pancake dan kacau sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam pan dan masukkan adunan.
  4. Leperkan adunan, dan masak selama 3-4 minit hingga garing depan dan belakang.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.