Tak makan pun dah terbayang dia punya rasa rangup tu. Sedapnyee!

Kalau korang peminat K-Drama mesti selalu tengok kan dorang makan kimchi. Setiap drama atau filem, jarang sangatlah tak ada tunjuk scene makan/buat kimchi, kan?

Kadang tu dorang punya bersungguh tunjuk makan tu sampai kita pun jadi teringin nak makan sama. 

Jadi untuk sharing resepi kali ni, sis nak share resepi mudah buat kimchi ala-ala macam drama Korea tu. Tapi bukan kimchi sawi tu tau, ini resepi kimchi timun pulak daripada Puan Syda.

Yang penting memang nice sangat kalau nak makan dengan nasi putih panas-panas, sebab kerangupan timun tu memang krup krap krup kraplah.

Cara sediakan timun:

  • Timun Jepun – potong panjang
  • Garam – ikut tahap masin

Gaul sekata 2 bahan ni & ketepikan.

Kredit: Pn Syda

Cara sediakan pes kimchi:

  • Lobak merah – potong panjang
  • Buah lai/per/epal – potong panjang
  • Kucai – potong panjang
  • Serbuk cili – ikut tahap pedas
  • 1 sudu bawang putih – ditumbuk halus
  • Gula
  • Sos ikan – tak ada pun tak apa
  1. Gaulkan semua bahan pes kimchi sampai sebati, kemudian masukkan timun tadi (tanpa air).

Kredit: Pn Syda

  1. Adjustkan rasa yang korang rasa sesuai dengan tekak masing-masing sebelum taburkan bijan & simpan dalam bekas kedap udara semalaman.

Kredit: Pn Syda

Esoknya kimchi dah boleh makan! Ikut style Korea makan dengan nasi/maggi pun boleh. Nak buat ratah depan TV pun best sebab rangup. Cumanya masin sikit jelah.

Senang je kan resepi kimchi timun ni. Kalau korang nak cuba, bolehlah cuba. Buat untuk side dish nanti.

Kredit: Maangchi

Jangan lupa cuba tau resepi kimchi timun ni. Selamat mencuba!

 

Sumber: Pn Syda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!