TFValue Mart

Resepi Kek Marble Pelangi Paling Lembut Dan Gebu

Cara Buat Kek Marble

Kek paling lejen dan nostalgia sebelum adanya kek Korea, kek Secret Recipe dan kek-kek mewah lain.

 

Bila musim perayaan, kek paling femes dan selalu dijumpai atas meja ialah kek marble sebab cara penyediaannya yang mudah tetapi cukup enak. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas.

Sebelum adanya kek Secret Recipe, kek marble inilah yang digunakan sebagai kek hari lahir. Ah, kalau sebut pasal kek marble mesti banyak memori yang korang kenang kan?

Nak buat kek marble, bahan-bahannya cukup mudah. Jom cuba resepi yang Puan Ella Sakimin aka Mama Ell kongsikan ni.

Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 190gm gula halus
  • 1 sk esen vanilla
  • 6 biji telur
  • 2½ cawan tepung ayak dengan
  • 1 sk baking powder
  • ½ cawan susu kotak
  • Sedikit pewarna makanan (6 jenis warna)

 

Cara penyediaan:

  1. Pukul butter+gula+esen vanila hingga kembang atau putih.

 


Kredit: Ell Sakimin

  1. Masuk telur sebiji demi sebiji sambil pukul adunan hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis. Kaup balik hingga adunan bercampur.
  3. Bahagi kepada 6 bahagian. Letak pewarna dan gaul sebati – 2 biji loyang empat segi tepat (loyang yang buat roti paun). Sapu butter sekeliling.

 


Kredit: Ell Sakimin

  1. Mula tuang adunan warna coklat. Selepas itu biru, kemudian ungu, diikuti warna hijau, merah dan kuning. Hentak 2 3 kali loyang untuk melepaskan rongga angin jadi kek tidak akan berlubang lubang.
  2. Panaskan oven. Bakar dengan suhu 170c selama 45 minit atau sehingga masak.
  3. Keluarkan dari oven dan hidangkan.

Kek marble pelangi dah siap. Nanti kejadiannya akan jadi cantik macam ni.

 

Kek marble – resepi murah dan paling mudah nak buat. Bahan pun senang nak cari. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

 

Sumber: Mama Ell
Kredit gambar utama: Pinterest/Ella Sakimin

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!