TFValue Mart

Resepi Keema Ayam Untuk Makan Malam

Gabungan Keema Ayam + Capati atau paratha ni aduhaii menggoda tau! Haip resepi dari mamy_nurul ni serius buat sis terliur hihi Hidangan ni sesuai lah untuk buat makan malam dan makan bersama famili tersayang. Malas sis nak cakap lelebih.. Jom kita buat‎👌

Bahan:

  • 300g ayam cincang(**)
  • 1 paket rempah kari ayam (**)
  • 2 helai daun bay(##)
  • 4 sekawan (##)
  • 2 biji bawang merah | dihiris nipis (##)
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk (##)
  • 2 inci halia |ditumbuk (##)
  • 1 kotak kecil santan atau yogurt
  • 1 cawan pes biji gajus
  • Secukup rasa garam dan gula
  • Secukup air
  • 1 biji ubi kentang | potong dadu
  • ½ biji lobak merah | potong dadu
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang | potong 1 inci

 

Cara penyediaan:

  1. Perapkan bahan bertanda ** seketika
  2. Tumis bahan bertanda ## sehingga wangi dan terbit minyak kemudian masukkan ayam, gaul rata
  3. Tambahkan air santan atau yogurt, pes gajus dan air. Kemudian gaul rata dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula kentang, kacang panjang dan lobak merah. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk.
  5. Siap! Boleh hidangkan bersama paratha.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!