TFValue Mart

Resepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap

Tercari-cari resepi ikan bawal yang simple dan senang  dicuba? Ha, iols share ngan uols resepi ikan bawal emas stim ni. Sesekali tukar la menu, asyik kari jer. Jgn risau, menu ni mudah dan memang sesuai dijadikan hidangan famili. Sedapnnya dijamin uols!

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan bawal emas 
  • 2 inci halia muda (potong memanjang)
  • 5 ulas bwg putih (cincang halus)
  • 1 batang serai (potong serong )
  • 1 tangkai daun bawang (hiris halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 sb minyak masak
  • Sedikit minyak bijan 
  • 2 biji cili padi (hiris halus)

Bahan Sos:

  • 10 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar stok ayam/1 ketul kiub ayam

Langkah Penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan lap dengan tisu dapur sehingga kering. Kelar. Lumur dengan  lada sulah dan sedikit garam.
  • Letak serai dalam perut ikan. Panaskan kukusan sehingga mendidih. Taburkan halia bersama ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  • Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap beserta stok ayam, masukkan air, dah mendidih boleh tutup api.
  • Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur daun bawang dan cili. Renjiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidangkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!