TF Value Mart

Resepi Honey Butter Biscuit Menggunakan Air Fryer. Cepat & Mudah!

Signature dish Texas Chicken, Honey Butter Biscuits yang mudah dibuat & dimasak menggunakan ‘Air Fryer’ 

Honey Butter Biscuit ni antara signature dish di Restoran Texas Chicken! Dah lah lembut & memang terasa keenakkannya lagi-lagi bila dimakan ketika ianya masih panas. Seketul biscuit ni pun dianggarkan dalam RM2 tapi sekarang dah boleh buat sendiri. Dah jimat fulus kita ?

Jom sis kongsikan resepi yang mudah untuk korang semua ikut dan hanya menggunakan ‘Air Fryer’ sahaja. 

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 4 sudu kecil baking powder.
  • 2 sudu besar gula pasir (suka manis, lebihkan gula).
  • 115gram butter sejuk.
  • 140ml susu segar.
  • 2 sudu kecil cuka.
  • 50gram madu (untuk sapu pada adunan)
  • 50gram butter (untuk sapu pada adunan)

Cara Penyediaan:

  1. Gaul tepung gandum, baking powder, gula dan butter sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan 140ml susu segar dan 2 sudu kecil cuka ke dalam adunan.
  3. Scoop menggunakan sudu dan masukkan ke dalam loyang (scoop saja tidak perlu bentuk) dan masukkan kedalam air fryer (boleh guna oven juga).
  4. Pilih suhu 180 selama 15 minit
  5. Sesudah masak, topping atas disapukan dengan butter & honey ketika masih panas, ya.

Kredit resepi & gambar: Mellisa Mullen (https://www.facebook.com/groups/resepiairfryer/permalink/1480257592155661/)

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!