Selalunya buat sendiri lagi syiok kan? Pastu kuantiti pun lebih banyak & berbaloi untuk makan bersama seisi keluarga. Ha hari ini sis nak share resepi untuk buat Gyoza! Gyoza ni merupakan Japanese fried dumpling. Sis tahu mesti ramai penggemar dumpling kat sini hihi. Okay jom kita start!

Bahan-bahan Gyoza:
- 250g ayam cincang
- 150g sayur kubis
- 50g kucai cina
- 2 biji bawang putih
- 1 sk halia parut
- 1 sb garam
- 1 sb sos kicap
- 25 keping kulit dumpling
- 100ml air
- 1 sk minyak bijan
Bahan-bahan sos Gyoza:
- ½ sb sos kicap
- ½ sb cuka
- Minyak cili/minyak bijan (optional)
Cara Penyediaan:
- Potong kecil sayur kubis. Letakkan kubis di dalam mangkuk & masukkan garam ke dalamnya. Ketepikan selama 15 minit supaya kubis tadi layu.
- Setelah 15 minit, perah air lebihan yang ada di dalam kubis.
- Potong daun kucai.
- Keluarkan ayam cincang. Kemudian, parutkan bawang putih ke dalam ayam cincang & masukkan halia parut.
- Sekalikan kubis dan daun kucai ke dalam ayam cincang. Masukkan sos kicap dan kacau sebati. Siap sudah intinya.
- Sediakan kulit dumpling. Letakkan 1 sudu besar inti tadi di tengah kulit dumpling.
- Lembapkan sedikit dihujung-hujung kulit dumpling dengan air.
- Tutup inti dan mula melipat. Picit kulit dumpling tadi sedikit demi sedikit.
- Panaskan sedikit minyak pada api yang sederhana. Kemudian ratakan minyak di atas kuali leper tersebut.
- Susun dumpling di atas kuali yang sudah panas. Letak sedikit air ke dalam kuali. Kemudian ambil penutup kuali dan tutup supaya dumpling dapat kukus dengan sempurna.

- Angkat penutup tadi dan masukkan minyak bijan. Masak dumpling tadi sehingga rangup di bahagian bawah. Siap untuk dumpling.
- Untuk pencicah – campurkan sos kicap, cuka & minyak cili/minyak bijan.
- Siap untuk dimakan bersama seisi keluarga.

Resepi ni seronok sangat kalau buat bersama-sama dengan insan tersayang. Memang sedap! Korang kena try tau. Yang penting kenalah guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 45 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











