Menu masakan berlado merupakan masakan yang menjadi kegemaran ramai! Dari takde selera terus berselera siap tambah nasi lagi haha Resepi untuk hari ini ialah Ikan Tenggiri Masak Berlado ? Lagipun isi ikan tenggiri ni lembut & putih. Dia punya sedap & nikmat tu pehh lain maciam. Jangan lupa makan dengan ulam-ulaman sekali ye. Lagi terangkat dibuatnya!
Ayuhh kita buat jom ??
Bahan-bahan:
- Ikan (7-8 keping)
- Cili merah 11 batang *
- Bawang putih 3 ulas *
- Bawang besar ½ biji *
- Tomato 1 biji (potong 4)
- Serai 1 batang (di ketuk)
- Daun limau purut 2 helai
- Serbuk belacan 1 sudu kecil
- Serbuk perasa 1 sudu kecil
- Garam & gula sedikit
- Boleh tambah cili padi jika mahu tambah pedas
Cara Penyediaan:
- Kisar kasar bahan yang bertanda (*)
- Lumur kunyit dan garam pada ikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Guna minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan (dan bahan-bahan yang lain). Gaul sebati dan perasakan dengan secukup rasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika.
- Angkat dan taburkan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yalls!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk yalls try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!