Pandang je pun dah telan air liur. Menggoda betul visual dia.

Hai uolss, masak apa hari ni? Nak sis share tak resepi makanan yang uols masak mudah dan cepat tak sampai 20 minit dah siap?

Dekat TikTok sekarang ni tengah viral resepi feta pasta yang sekali pandang memang terliur dibuatnya. Creamy, cukup glossy sampai terasa sedap walaupun hanya pandang. 

Nak buat dia tak susah pun. Uolls hanya perlukan beberapa step je untuk resepi makanan paling mudah dengan bahan-bahan ni:

  • Pasta
  • Air rebusan pasta
  • Feta cheese
  • Minyak masak/olive oil
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Lada benggala
  • Cendawan
  • Baby bayam
  • Ayam dan udang
  • Garam dan perasa

Cara penyediaan:

1. Gunakan sebarang jenis pasta samaada spaghetti, fettucine, macaroni, angel hair, fusili, penne dan etc.

2. Rebus pasta sehingga lembut dan masukkan sikit minyak masak semasa merebus untuk efek kilat..

3. Bila dah lembut, toskan airnya dan simpan dalam 1 cawan air rebusan pasta.

4. Hiriskan bahan yang perlu di hiris dan di bersihkan seperti cendawan, lada benggala. Bawang putih tu hanya tumbuk kasar je.

5. Untuk cheese, boleh guna feta cheese je (sebab ni paling murah ;p).
Tapi olive oil yang ada dekat feta cheese tu guna sekali jangan buang. 1 pack feta cheese boleh guna untuk setengah bungkus pasta. Hati-hati jangan terlebih sebab rasa cheese ni dia agak masam.

6. Untuk bahan mentah macam ayam & udang sebelum dimasak dengan minyak sikit, boleh campurkan sikit dengan chilli flake, lada hitam, garam & ajinamoto. Lepas agak dah masak, ketepikan dan tumis pulak bawang putih cendawan dengan tomato kejap.

7. Dalam api perlahan, campurkan chilli flake, garam, lada benggala dengan feta cheese dalam periuk yang dibuka atas api kecil. Tutup dengan kuali dan biarkan dalam 20 minit. Awas, jangan sampai hangus pulak. Kalau ada oven, boleh guna oven terus.

8. Dah siap tu campurkan pasta dan biarkan sekejap sebelum tutup api. Dah siap! Hasilnya memang cukup menggoda uolsss.

Mudah je kan? Bolehlah try untuk menu buka puasa nanti. Barulah berselera sikit terutamanya anak-anak yang baru nak belajar puasa. 

Bahan-bahan ni kalau takk tahu nak dapatkan dekat mana, uolss boleh je pergi TF Value Mart sebab dekat TF Value Mart semua ada dijual. Memang mudah dan cepat. Tak payah pergi tempat lain.

Lagipun, harga barang dekat TF Value Mart ni memang mesra poket rakyat marhaen macam kita ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Kredit resepi & gambar: Zara Latif