Yummm lama tak merasa seafood tomyam ni… Craving pulak 😆 Nasib baik terjumpa resepi yang senang. Cara penyediaan dan bahan-bahan pun mudah nak cari, takda la pening kepala fikir 🤣 Ibu2 di luar sana kalau tak tahu nak masak apa, haa korang boleh try Seafood Tomyam ni. Sekali try, confirm nak lagi! 🥰
Bahan-bahan untuk Tomyam Seafood:
- 1 labu bawang putih
- 2 batang akar ketumbar
- 3 batang serai
- 1 biji bawang holland
- 1/2 bawang merah besar
- 3 inci lengkuas
- 4 sudu pes tomyam
- 2 biji air limau nipis
- Daun limau purut 10 helai
- Sayuran seperti lobak merah, bunga kubis dan tomato
- Sotong & udang
- Kicap sotong
- Santan 50 – 100 ml (optional)
- Air 1.5 – 2 L
- Garam secukupnya
Bahan-bahan untuk Telur Dadar:
- 4 biji telur
- Perasa
- Udang
- Bawang Holland
Cara penyediaan Seafood Tomyam:
- Tumbuk akar ketumbar dan bawang putih. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
- Sementara air tengah mendidih, hiris lengkuas, serai, bawang holland, bawang besar dan akar ketumbar dan masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan pes tomyam dan gaul sebati.
- Masukkan sayuran yang diingini.
- Tuangkan air limau nipis dan masukkan daun limau purut ke dalam periuk.
- Gaul sehingga sebati dan naik bau.
- Tuangkan sedikit santan untuk bagi kuahnya pekat sedikit.
- Masukkan sotong dan udang dan gaul sehingga masak.
Cara penyediaan Telur Dadar Udang
- Kacau 4 biji telur dengan perasa.
- Goreng bawang holland ke dalam periuk dan campurkan dengan telur tadi.
- Masukkan udang dan goreng hingga masak. Dan siap~~
Senang je! Korang boleh save and share resepi ni dekat kawan2. Nanti mana tahu boleh buat juga ke 😘
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!