Penggemar Nasi Padang mesti biasa dengan menu ni. Sedapkan, terutama sekali yg suka hidangan bercili. Kombinasi daging yang garing dan dimakan bersama sambal berlado yang sememangnya membuka selera. Sedap sungguh! Jom cuba!
Bahan-bahan:
- 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
- 10 biji cili merah
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato| potong dadu
- 1 batang serai |ketuk
- 2cm halia
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air rebusan daging
Langkah Penyediaan:
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
- Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
- Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
- Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Tips:
- Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!