Skip to main content

TF Value-Mart

Resepi Creamy Grilled Chicken Sandwich: Idea Meal Prep Sarapan Mudah

Pagi selalu kelam-kabut sampai tak sempat fikir nak sarapan apa? Kali ni, boleh cuba Creamy Grilled Chicken Sandwich yang sesuai dijadikan meal prep untuk mudahkan rutin pagi.

Inti ayam yang creamy digabungkan dengan sayur-sayuran dan keju, kemudian diapit dengan roti dan digrill bersama mentega. Boleh disediakan lebih awal dan disimpan untuk dinikmati bila-bila masa. Mudah dan menjimatkan masa!

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Ayam
  • Daun bawang
  • Bawang
  • Mayonis
  • Honey Mustard
  • Garlic Powder
  • Black Pepper
  • Garam / bahan perasa
  • Cheese
  • Butter untuk grill

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan garlic powder, black pepper, garam dan bahan perasa sehingga rata.
  2. Grill ayam sehingga masak, kemudian potong atau carik isi ayam.
  3. Masukkan ayam ke dalam mangkuk bersama daun bawang dan bawang.
  4. Tambahkan mayonis, honey mustard dan black pepper, kemudian gaul sehingga sebati.
  5. Letakkan inti ayam di atas roti dan tambahkan cheese.
  6. Tutup dengan sekeping roti lagi dan sapukan butter pada roti.
  7. Grill sandwich sehingga garing dan keperangan di kedua-dua belah.
  8. Siap untuk dinikmati atau disimpan sebagai meal prep. 🥪

 

Kalau selalu sibuk waktu pagi, resepi ni boleh jadi salah satu idea meal prep untuk dicuba. Tak perlu pening fikir menu sarapan setiap hari dan persediaan pagi pun jadi lebih mudah.

Bahan-bahan untuk sediakan Creamy Grilled Chicken Sandwich ni pun senang nak cari di TF Value-Mart. Dah ada idea untuk meal prep minggu depan, bolehlah singgah TF Value-Mart untuk dapatkan bahan-bahannya!