Mak-mak bekerja selalu ada masalah tak tau nak masak apa bila sampai rumah. Badan pun dah penat, tak larat nak masak. Iouls share kat sini hidangan sayur dan lauk dalam satu. Senang sungguh. Sedap tu dah tentu! Buncis Tumis Daging Cincang ni resepi campak-campak jer uols. Tapi jaga-jaga, boleh licin nasi 2 pinggan.
Bahan-bahan:
- 1 paket kacang buncis
- ½ biji lada benggala
- 3 sudu daging kisar
- 1 sudu sos tiram
- 2 biji bawang merah (dicincang halus)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Langkah Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang cincang sampai wangi.
- Masukkan daging cincang dan kacau sehingga danging masak.
- Tambahkan sos tiram dan hirisan lada benggala. Kacau rata dengan api sederhana.
- Masukkan kacang buncis, tambah sedikit air dan aduk rata.
- Perasakan dengan garam. Matikan api dan siap untuk dihidang.
Tips:
- Boleh gantikan daging dengan ayam cincang atau hati dan pedal ayam.
- Sesuai juga untuk kacang panjang
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!