TF Value Mart

Resepi Bubur Sum Sum Lembut & ‘Just Nice’, Cukup 4 Bahan Utama Saja!

Buka puasa dengan Bubur Sum Sum memang heaven! Rasanya lembut, lemak manis dan bila makan sejuk-sejuk, confirm hati sejuk. Nak buat pun senang sangat, cukup dengan empat bahan wajib je. Boleh buat banyak sikit, simpan dalam peti sejuk atau kongsi dengan jiran-jiran! Semua bahan pun senang nak cari kat TF Value-Mart. Mudah, sedap dan cepat. Jadi jom cuba Resepi Bubur Sum Sum ni.

Bahan-bahan:

Air Gula Melaka

  • 2 ketul Gula melaka
  • 1 ikat Daun pandan
  • 400ml Air

Tepung

  • 1 cawan Tepung beras
  • 4 cawan Air
  • 1 cawan Santan
  • 2 ikat Daun pandan
  • Sedikit garam (untuk buat tepung ada rasa lemak)

Cara-cara:

  1. Masukkan 2 ketul gula melaka, daun pandan (ikat) & air secukupnya ke dalam periuk.
  2. Larutkan gula dan sejukkan.
  3. Untuk tepung pula, masukkan 1 cawan tepung beras, 4 cawan air, 1 cawan santan, daun pandan (2 ikat untuk wangikan) & tambah sedikit garam untuk rasa lemak-lemak sikit.
  4. Kacau perlahan sehingga tepung likat dan pekat (jangan berhenti kacau)
  5. Masukkan tepung dalam bekas kecil dan hiaskan dengan daun pandan.
  6. Kemudian siram dengan air gula dan sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!