TFValue Mart

Resepi Bawal Asam Kicap

Ikan bawal dah ada kat rumah tapi pening dok memikir tak tahu nak masak apa. Sis cuba lah satu resepi yang Akak Faudziyah share. Hasilnya sangat memuaskan hati. Sedap sangat2 rasa dia. So, sis nak share sekali dengan korang. Jangan risau, senang jer nak buat!

Bahan-bahan A 
3 potong Ikan Bawal
1 camca kecil Kunyit Serbuk
Sedikit Garam

Bahan-bahan B
Minyak secukupnya
2 ulas Bawang Putih (dimayang)
2 ulas Bawang Merah (dimayang)
1/2 inci Halia (dihiris batang mancis)
Rempah 4 Sekawan

Bahan-bahan C
1/2 biji Bawang Holland (dihiris tebal)
3/4 camca besar Pes Asam Jawa ‘Adabi’
1/2 camca kecil Lada Hitam Serbuk
Sedikit Air

Bahan-bahan D
10-15  tangkai Kacang Buncis (dihiris pendek menyerong)
5 biji Cili Padi Merah (dihiris kasar)
5 biji Cili Padi Hijau (dihiris kasar)
Kicap Lemak Manis ‘Kipas Udang’ (kicap lemak manis 3 kali lebih dari Kicap masin)
Kicap Lemak Masin ‘Kipas Udang’

* Tiada penggunaan garam lain kecuali dalam perapan ikan

 

Cara Menyediakan nya
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Perap selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat.
3. Menggunakan sedikit minyak goreng ikan tadi, tumis bahan B sehingga berorama harum.
4. Masukkan hirisan bawang holland, kacau seketika. Agak sedikit layu baru masukkan bahan C yang lain. Kecilkan api untuk memastikan minyak dapat terbit secara perlahan. * Jika api besar kuah asam menjadi kurang cantik dan menarik.
5. Apabila kuah nampak susut dan sedikit pekat, baru masukkan bahan D, di kacau rata, terus masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan perlahan supaya kuah dapat meresap dalam ikan.
6. Siap untuk dihidangkan.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!