TFValue Mart

Resepi Badak Berendam

Suka makan aneka kuih muih tradisional? Haa, mesti Kuih Badak Berendam ni antara yang jadi kegemaran. Dibuat dalam saiz sebesar biji bola ping pong, berendam pulak dalam kuah santan lemak-lemak masinnya. Memang mantapp ni!

Bahan-bahan: 

Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah:

  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau

Langkah Penyediaan:

Inti kelapa:

  • Panaskan kuali dan masukkan kelapa, gula melaka, gula pasir dan air.. Kacau bersama daun pandan yang disimpul. 
  • Bila agak kering, taburkan  tepung gandum dan  kacau sehingga masak dan melekat. 
  • Sejukkan supaya inti  senang dibuat bulat.

Kuah santan:

  • Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.
  • Matikan api dan alihkan ke tepi.

Badak berendam:

  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  • Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan balut inti  dengan kemas.
  • Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Tips

  • Pastikan inti kelapa  cukup manisnya. Kalau kurang boleh tambah ketulan gula melaka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!