Resepi Ayam Tiram Thai
Sapa je tak kenal KhairulAming tu kan hehehe ? Sis cuba lah resepi Ayam Tiram Thai dia semalam tau. Sebab viral tau dekat tiktok. Ramai pulak tu cakap sedap. Dah lah cara2 dia pun tak susah mana pun.
Bahan-bahan perapan ayam:
- 10 ketul ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Garam/secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara penyediaan perapan ayam:
- Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
- Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.
Bahan sos:
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi merah
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap cair
- 2 sudu besar gula
- 1 biji perahan limau nipis/lemon
- Daun ketumbar yang dipotong halus
Cara-cara penyediaan sos:
- Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
- Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
- Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
- Selamat mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!