Hidangan Ayam Mentega atau Murgh Makhani ni adalah antara makanan India yang paling terkenal di dunia. Nampak lebih kurang sama macam Ayam Tikka Masala, tetapi penggunaan rempah yang sedikit berlainan dan pure butter memberikan hidangan ini rasa yang lebih lemak. Sesuai untuk dinikmati bersama Garlic Butter Rice atau kepingan roti naan.
Bahan-bahan:
- 1 kg ayam (boleh gantikan dengan dada ayam jika mahu) dipotong kecil
- 75 gm pure butter (anggaran 3 sudu besar)
- 2 sudu besar minyak masak untuk goreng sikit ayam dan tumis bawang.
- 135 gm Yogurt asli (jangan yang masam)
- 50 gm badam direbus, buang kulit dan dikisar halus
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 1 sudu besar serbuk halia
- 1 sudu besar serbuk bawang putih
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1/2 sudu kecil garam masala
- 4 biji buah pelaga.
- 5 kuntum bunga cengkih
- 400gm tomato puri
- 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar perahan jus limau nipis
- 1 cawan susu cair
- 2 cawan stok ayam
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar untuk hiasan
Langkah penyediaan:
- Masukkan daging ayam dalam sebuah bekas kaca dan perap bersama jus limau, serbuk cili sedikit garam untuk 30 minit.
- Masukkan rempah kari daging, garam masala dan yogurt ke dalam perapan ayam tadi. Kacau rata dan perap sekali lagi untuk 30 minit.
- Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan hirisan bawang dan layukan (warna bawang bertukar menjadi cerah dan kuning keemasan). Masukkan pula pes halia dan bawang putih. Tumis selama 2-3 minit.
- Selepas naik bau, masukkan ketulan ayam yang telah diperap. Goreng (seperti grill) ketulan ayam sehingga warna bertukar kepada putih dan mula keras sedikit. Tujuan nya untuk keluarkan jus ayam dalam daging dan keraskan ketulan ayam untuk tidak lerai semasa memasak.
- Masukkan tomato puri, sos cili, air stok ayam, kisaran badam dan susu cair. Masak sampai kuahnya jadi pekat dan isi ayam masak sempurna dengan api dapur yang sederhana.
- Taburkan hirisan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!