Sedapnya. Nama je ayam masak halia, tapi tak terasa sangat pun halianya. ;p

Menu ayam masak halia memang jadi kegemaran ramai. Walaupun ada yang tak suka sebab halia tu ada rasa pedas pedas tapi bila buat menu ayam masak halia memang sedap dan sangat menyelerakan.

Jom tengok macam mana Che Nom masak ayam masak halia guna resepi paling senang dan sedap yang uols boleh cuba.

Bahan-bahan:

  • ½ kilo ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng ayam
  • 3 ulas bawang putih – ricik halus
  • 2 inci halia – potong panjang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair ATAU 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit air
  • cili merah dan cili padi – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat
  • daun bawang – diricik halus

Cara penyediaan:

1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam sebelum goreng ayam separuh masak.

2. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau sebelum masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi.

3. Kacau sekejap sebelum masukkan sos tiram dan kicap cair dan lada putih untuk hilangkan bau halia.

4. Bancuh tepung jagung – jangan terlampau cair untuk buatkan kuah lebih pekat.

5. Masukkan bancuhan tepung dalam kuali isi ayam tadi sebelum tambahkan cili yang dah dihiris.

6. Bila dah agak nak siap, boleh masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi dan biarkan seketika.

Sebelum siap untuk dihidang, boleh taburkan daun bawang dan cili besar. Siap!

Mudah je kan? Kalau ada yang tak makan pedas, ayam masak halia ni memang sesuai. Sekali makan memang bertambah dibuatnya uols.

Nak buat bekal anak pun memang masak mudah dan cepatlah, bahan-bahan pun tak banyak dan sesuai untuk yang nak buat bekal bajet. 

 

Sumber: Che Nom 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!