Penat kerja seharian, jadi bila pulang ke rumah nak makan something yang simple tapi mengenyangkan. Apa kata cuba resepi Ayam Masak Halia bersama Cendawan? Resepi simple tapi sedap, confirm tambah nasi dua kali. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
- Halia hiris
- Bawang putih cincang
- Minyak masak
- Bawang holland
- Cili merah
- Daun bawang
- Serbuk perasa secukupnya
- Sedikit garam& gula
- 2 tbsp sos tiram
- 1/2 tsp Lada sulah
- 1 tbsp Kicap cair
- Air secukupnya

- Tumis halia bersama bawang putih dan bawang holland hingga wangi.
- Masukkan ayam, cendawan, sos tiram, kicap cair dan gaul sebati.
- Masukkan air dan masak ayam sehingga masak sepenuhnya
- Kemudian masukkan lada sulah, garam dan gula secukupnya.
- Masukkan daun bawang dan cili merah dan gaul.
- Masak selama 2-3 minit sahaja dan siap untuk dihidang.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











