Bila makan je ayam kurma, memang confirm teringat mak dekat kampung. Korang sama tak?
Masa kecik, ayam kurma antara ‘menu mewah’ yang sis pernah makan. Dalam sebulan tu adalah 2 atau 3 kali mak sis masak.
Ayam kurma ni kalau pekena sekali dengan nasi minyak, memang masuk betul rasa dia. Tambah lagi dengan add on sambal belacan, acar buah dengan jelatah. Telan air liur membayangkan.
Kredit: Nor Khomariah Norrohman
Kalau dulu selalu harapkan mak untuk masak, apa kata kali ni korang cuba sendiri resepi mudah ayam kurma yang pastinya akan jadi kegemaran isi rumah termasuklah anak-anak.
Terima kasih dekat Puan Nor Khomariah Norrohman yang sudi share resepi ayam kurma lejen ni.
Kredit: Mama Tisya
Bahan-bahan:
- ½ ayam
- 1 mangkuk santan cair
- 1 peket serbuk kurma adabi
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 4 biji bawang merah
- 2 biji ubi kentang dipotong dua
- ½ biji lobak merah
- Hirisan cili jika suka
- Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
- Tumbuk bawang putih bersama halia. Bawang merah dimayang. Tumis sekali sampai naik bau dan kekuningan.
- Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air. Masukkan dalam tumisan bawang. Goreng sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam. Kacau sebati dengan rempah. Biarkan sekejap dalam 2 minit dan baru boleh tambah santan.
- Kacau sebati, tambahkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan gula dan garam. Biarkan sampai ayam masak dan ubi kentang empuk.
- Bila dah makin pekat kuahnya, tutup api dan tabur hirisan cili tadi. Dah siap.
Mudah je kan? Lepas ni kalau teringin nak makan ayam kurma, korang bolehlah cuba buat resepi ni.
Siap untuk dihidang. Kredit: Nor Khomariah Norrohman
Tapi ayam kurma ni kalau guna ayam pencen lagi sedap. Tak percaya? Korang kena try dulu. Nak lembutkan ayam pencen dengan cepat, korang boleh baca dekat sini.
Jangan lupa cuba tau. Selamat mencuba!
Sumber: Nor Khomariah Norrohman
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!