Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Ayam Cili Santan: Pedas, Berlemak & Menyelerakan

Kalau dah bosan dengan menu ayam yang sama, apa kata kali ni cuba Ayam Cili Santan pula? Gabungan rasa pedas cili dengan kuah santan yang berlemak memang boleh buat bertambah nasi! Lagi-lagi bila dimasak bersama kentang dan daun kunyit yang buat hidangan ni lebih menyelerakan.

Cara penyediaannya pun tak terlalu rumit dan bahan-bahan yang digunakan mudah dicari. Sesuai sangat dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • ½ ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • ½ sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 6 biji bawang merah ros*
  • 2–3 biji cili merah besar*
  • 4–5 biji cili padi merah (ikut kepedasan)*
  • 2–3 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Sos tiram secukupnya
  • 1 kotak santan kelapa
  • 1 biji asam keping
  • Garam & perasa secukupnya
  • Daun kunyit hiris nipis

 

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak.
  2. Goreng kentang dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yang bertanda (*).
  4. Tumis bahan kisar, kemudian masukkan serai, asam keping dan sos tiram.
  5. Masukkan santan, air, ayam dan kentang yang telah digoreng.
  6. Masukkan daun kunyit, garam dan perasa secukupnya.
  7. Masak sehingga kuah sedikit kering, kemudian taburkan hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan.

Mudah je nak sediakan Ayam Cili Santan ni di rumah! Kalau nak cuba, pastikan bahan-bahan yang digunakan segar untuk hasil hidangan yang lebih menyelerakan. Pelbagai bahan masakan dan keperluan dapur boleh didapati di TF Value-Mart.
Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!