Ayam panggang selalu jadi penyelamat kalau dah tak tahu nak masak apa. 

Bila dah lama sangat duduk rumah ni, masalah dia satu je, hari-hari masak sampai dah tak tahulah nak masak apa untuk keluarga.

Betul tak?

Walaupun sebenarnya boleh kata berjuta resepi dalam dunia ni boleh cuba, tapi masih lagi tak tahu nak masak apa.

Jadi untuk yang dah buntu tu, apa kata uolls cuba buat menu ayam bakar versi air fryer? Resepi mudah sangat nak cuba, hasilnya pun menarik. 

Jom try resepi ayam bakar air fryer versi Puan Rozy Mohd Saleh ni. Tak perlu seasoning yang mahal, cukup sekadar guna yang sangat senang nak jumpa dekat kedai.

Bahan:

  • Ayam seekor (boleh potong kecil kalau tak muat air fryer)
  • Seasoning cajun 
  • Chili flake/powder

Cara penyediaan:

1. Lumurkan bahagian luar & dalam ayam dengan Cajun. Perap dalam 2 jam paling minimum untuk rasa yang sedap. Lagi lama lagilah sedap.

2. Bakar dalam air fryer dengan suhu yang sesuai dengan saiz ayam. Contoh macam ayam 1kg lebih dalam 30min dengan suhu 170-180.

3. Kalau rasa nak pedas extra, boleh letak sikit chili flakes/powder masa perap tadi. Garam tak perlu sebab Cajun dah ada rasa masin.

Siap untuk dihidang! Mudah je kan? 

Hanya 2 step dah boleh dapat ayam panggang yang sedap. Ini kalau buat makan dengan nasi ayam pun dah sedap sangat ni.

Kalau uolls rasa tak tahu nak cari Cajun tu dekat mana, pergi je TF Value Mart, macam-macam jenis seasoning boleh jumpa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Ualls juga mungkin berminat nak tahu macam mana nak buat resepi ayam panggang ala Ayamas boleh KLIK SINI.

Kredit resepi & gambar: Puan Rozy Mohd Saleh