TF Value Mart

Resepi Rendang Ayam Minang (Gaya Padang) Paling Sedap & Pekat | TFVM

Cara Buat Rendang Ayam Minang Gaya Padang Yang Pekat & Sedap

Kalau cakap pasal rendang ayam, sebenarnya ada macam-macam versi. Ada rendang cili merah, cili padi, rendang minang, dan gaya Padang. Kali ini, sis nak kongsi resepi rendang ayam minang seperti yang selalu ada di restoran Padang tu.

Rahsia kesedapan rendang ayam ini terletak pada rempahnya. Walaupun penyediaannya sedikit renyah, dijamin hasil ayam masak rendang ini sangat berbaloi dengan rasanya yang mantap!

Hidangan Rendang Ayam Minang Sedap

Bahan-bahan Rendang Ayam:

Bahan Utama & Tumis:

  • 1 ekor ayam (potong sederhana)
  • 1 kotak besar santan & 500 ml santan cair
  • 1/2 mangkuk kerisik
  • Rempah Empat Sekawan: Bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis
  • Daun kunyit, daun salam, & daun limau purut
  • Bawang merah & bawang putih (hiris halus)
  • Lengkuas & serai (diketuk)

Bahan Kisar:

  • 12 biji bawang merah & 8 ulas bawang putih
  • Ruas lengkuas & halia
  • Cili padi (ikut tahap pedas)
  • Jintan manis, lada putih, & buah pala
  • Cili kering (pilihan untuk warna merah)


Langkah Penyediaan Resepi Rendang Ayam Minang

  1. Tumis Aroma: Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah dan putih bersama daun salam, daun kunyit, daun limau, dan serai sehingga harum.
  2. Naikkan Bau: Masukkan rempah empat sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, lawang) dan teruskan menumis.
  3. Masak Rempah: Masukkan bahan kisar dan lengkuas. Tumis sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  4. Reneh Ayam: Masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul rata supaya bahan masak rendang ayam meresap ke dalam daging.
  5. Masukkan Santan: Tambahkan santan pekat dan santan cair. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  6. Pekatkan Kuah: Masukkan kiub stok ayam dan kerisik. Reneh dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan ayam menjadi empuk.

Hasil akhir ayam masak rendang pekat


Semoga perkongsian resepi ayam rendang gaya Minang ini bermanfaat untuk uols! Hidangan ini sangat sesuai dimakan bersama ketupat, lemang, atau nasi panas.

Untuk rasa yang lebih asli, pastikan bahan-bahan rendang ayam anda sentiasa segar. Uols boleh dapatkan semuanya di TF Value-Mart (TFVM). Sejak 1957, kami komited menyediakan barangan segar setiap hari melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. Jom singgah TFVM sekarang!