TF Value Mart

REMPEYEK RANGUP > Sikit-sikit, lama-lama habis sebalang!

Mana peminat rempeyek kat sini? Kalau macam sis kan.. Sis pantang nampak, confirm terbeli haha Untung sis jumpa resepi mudah ni, boleh la weols cuba buat kat rumah. Let’s go gais👌

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung beras
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
  • 1 biji telur
  • 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar jintan manis **
  • 3 sudu besar jintan kasar **
  • 3 sudu besar ketumbar biji **

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kering bahan bertanda **.
  2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
  3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. (kena rajin eksperimen sampai dapat adunan yang terbaik).
  4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
  5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng

Nota: Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng.

Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!