TF Value Mart

Raya Tak Sah Tanpa Kuah Kacang — Ini Resepi Mudah & Confirm Jadi

Kuah Kacang memang menu wajib setiap kali Hari Raya menjelma. Tanpa kuah ni, rasa macam ada yang tak cukup di meja. Lagi-lagi bila dihidang bersama Nasi Impit atau Ketupat, memang padanan yang tak pernah mengecewakan. Sekarang ni, makin ramai Gen Z yang mula ambil alih dapur untuk teruskan tradisi ni. Jadi kalau nak cuba buat sendiri, ini resepi Kuah Kacang yang paling mudah untuk diikuti. Selamat mencuba!

Bahan-bahan kuah kacang:

  • 500gm kacang tanah
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4 tbsp gula merah
  • 1 tsp pes asam jawa
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak
  • Air secukupnya

Bahan kisar:

  1. 2 biji bawang
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 3 keping hirisan nipis lengkuas
  4. 15-18 tangkai cili kering
  5. Sedikit air untuk kisar

Bahan tambahan:

  • Nasi impit

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng kacang tanah hingga garing.
  2. Kemudian, angkat kacang tanah, tos dan sejukkan dahulu.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula merah, garam dan serbuk perasa secukupnya kemudian kacau hingga sebati.
  5. Sementara itu, kisar kasar kacang tanah yang telah sejuk.
  6. Kemudian, masukkan kacang tanah yang telah dikisar tadi ke dalam kuali berisi bahan tumis.
  7. Tambahkan air secukupnya dan kacau. Kemudian tambahkan pes asam jawa.
  8. Masak kuah kacang selama 15 minit atau hingga kuah mendidih dan memekat.

Cara masak Nasi Impit:

  1. Rebus nasi impit selama 60-90 minit kemudian sejukkan sebelum dipotong.
  2. Nasi impit sedia dihidangkan bersama kuah kacang

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!