Rasa dia tak masam sangat, tapi manis manis gitu. Sedapnya, kecur air liur! 

Sebut je buah belimbing buluh memang tak terfikir kan yang buah ni boleh dijadikan sebagai kek. Ye uols, sis pun tak caya.

Selalu belimbing buloh ni sis letak dalam gulai je untuk penambah rasa masam natural gitu. Tapi ada orang share resepi kek belimbing buluh. Dia kata rasa memang sedap, sebab tak masam. Manis pun sedang sedang je. 

Jom tengok resepi mudah hanya blend je yang En Shobri Aziz ni share.

Bahan-bahan:

  • 12 biji belimbing buluh
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 4 biji telur
  • ½ st garam

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dlm 3 minit ke 5 minit mcm tu lepas tu tuang dalam mangkuk besar utk digaul bersama bahan di bawah ni. Sebelum gaul tu ayak lah tepung dgn soda bikarbonat tu dulu.

  • 2 cawan tepung kek
  • 1 st soda bikarbonat

2. Guna wire whipped saja utk kacau sebati tak yah lama² sgt. Kalau xde wire whipped ikut lah nak guna senduk kayu balik ka… Bagi sebati ja.

3. Dah siap tu bakarlah dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu, bakar pada suhu 160°C selama 50 minit. Siap!

Mudah je kan? Hasilnya nanti uols akan nampak kek tu sama je rupanya macam kek pisang. Tapi rasa dia lain tau.

Yang suka kek masam tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Sesuai buat makan petang, cicah dengan air kopi memang ngam!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

 

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Kredit resepi & gambar: Shobri Aziz