TF Value Mart

Resepi Puding Roti Bakar Simple & Sos Kastard Padu | TFVM

Resepi Puding Roti Bakar Simple: Pemanis Mulut Mudah & Sedap

Mencari idea untuk resepi minum petang atau pemanis mulut? Ada baki roti yang masih tak bersentuh? Jangan buang! Kita olah sikit menjadi puding roti bakar yang sangat menyelerakan.

Selain menggunakan bahan yang mudah dicari, cara buat puding roti ini juga sangat ringkas — bak kata orang, “campak-campak je uols!”. Jom ikuti resepi puding roti simple ini.

Resepi Puding Roti Bakar Sedap


Bahan-bahan Puding Roti:

Bahan Utama:

  • 8-10 keping roti (dipotong 8)
  • 4 sudu besar (sb) mentega
  • ¼ cawan kismis
  • 3 biji telur & ½ cawan gula
  • 2 cawan susu full cream
  • 1 sudu kecil (sk) esen vanila
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis & secubit garam

Bahan Sos Kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula & secubit garam
  • 1 cawan air

Langkah Penyediaan Resepi Puding Roti Simple

1. Penyediaan Puding

  1. Gris dulang pembakar dengan mentega. Susun potongan roti di dalamnya.
  2. Dalam bekas lain, satukan susu full cream, gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, garam, dan telur. Kacau sehingga sebati.
  3. Cairkan mentega dan tuang ke atas roti yang telah disusun.
  4. Taburkan kismis, kemudian tuangkan adunan susu. Tekan roti sedikit supaya ia menyerap adunan. Rehatkan selama 5-10 minit.
  5. Tabur sedikit gula perang di atasnya untuk kesan karamel. Bakar pada suhu 170°C selama 25-30 minit sehingga permukaan menjadi perang keemasan.

Sos kastard untuk puding roti

2. Penyediaan Sos Kastard

  1. Masukkan susu cair, gula, tepung kastard, dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga larut sepenuhnya.
  2. Masukkan air dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga sos menjadi pekat dan berkilat.

Tips Pro: Untuk pastikan sos kastard cukup pekat, lorekkan jari pada permukaan senduk yang dicelup sos. Jika lorekan kekal dan tidak bercantum semula, maksudnya sos anda sudah sempurna!


Resepi puding roti ini bukan sahaja menjimatkan, malah sangat sedap dihidangkan sejuk atau panas. Uols boleh juga tambahkan chocolate chips atau kacang badam untuk tekstur yang lebih menarik.

Dapatkan bahan-bahan segar untuk bread pudding anda di TF Value-Mart (TFVM). Sejak 1957, TFVM sentiasa menyediakan barangan berkualiti melalui 41 cawangan di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah ke TFVM untuk barangan segar SETIAP HARI!