TF Value Mart

Resepi Puding Karamel Simple & Licin (Tak Berongga) | TFVM

Resepi Puding Karamel Mudah: Rahsia Tekstur Licin & Tak Berongga

Biasa kita makan pencuci mulut ni masa bulan puasa kan? Tapi bila dah habis Syawal, tekak mula rindu pulak. Peminat puding gula hangus atau puding karamel wajib cuba resipi ini sebab ianya sangat simple dan bahan yang diperlukan pun sikit jer.

Tips Penting: Jangan kacau campuran puding secara berlebihan supaya teksturnya tidak berongga. Selain itu, pastikan puding karemel betul-betul sejuk sebelum diterbalikkan dari bekas agar tidak hancur.

Resepi Puding Karamel Licin dan Sedap

Bahan Puding Karamel:

Bahan Utama:

  • 6 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Gula Hangus (Karamel):

  • ½ cawan gula
  • 3 sudu besar air

Langkah Penyediaan Resepi Puding Caramel

1. Cara Buat Gula Hangus (Caramel)

  • Panaskan gula di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan.
  • Tambahkan air dan kacau sekata dengan berhati-hati.
  • Tuang ke dalam bekas puding karamel atau loyang pilihan anda dan ketepikan.

2. Cara Masak Puding Karamel

  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding karamel menggunakan whisk.
  • Pastikan gula cair tetapi jangan terlebih pukul sehingga adunan berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
  • Tapiskan adunan semasa menuang ke dalam loyang supaya hasil pudding caramel lebih halus.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30-35 minit sehingga pejal.

Tips Pro: Jika tiada pengukus, uols boleh gunakan kaedah ‘water bath’ (bain marie). Bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 40-45 minit untuk hasil yang lebih licin dan cantik.


Semoga perkongsian resepi puding caremal ini bermanfaat untuk uols! Hasilnya pasti memuaskan hati dan sesuai dihidangkan untuk tetamu.

Pastikan anda menggunakan bahan-bahan segar seperti telur dan susu segar dari TF Value-Mart (TFVM). Sejak 1957, TFVM telah menyediakan produk berkualiti melalui 41 cawangan di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah untuk barangan segar SETIAP HARI!