Hai hai hai, hari ini sis nak share resepi mudah yang yalls boleh buat untuk makan petang. Kalau bosan makan biskut je, cubalah resepi Potato Cheese Ball yang rangup ni! Enak dimakan begitu saja~ Kalau nak tahu enak ke tak, haa jom lah kita cuba buat bersama. Konfem yummyyyy!

Bahan-bahan:
- 470gm kentang

- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/3 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- Black pepper (optional)
- 2 biji telur
- Cheese mozzarella
- Serbuk roti
Cara penyediaan:
- Rebus kentang sehingga betul-betul empuk/lembut.
- Kupas kulit kentang yang telah direbus. Kemudian lenyek kan kentang sehingga sempurna.
- Masukkan tepung jagung, tepung beras, garam & sedikit black pepper. Gaul bahan-bahan ini sehingga sekata sehingga menjadi seperti doh.
- Bila dah menjadi doh, ambil sedikit doh & bulatkan. Kemudian lubang kan di tengah doh untuk letak inti.
- Masukkan inti cheese mozzarella & bulat kan dengan sempurna menggunakan tangan.
- Pecahkan telur, celupkan bebola tadi ke dalam telur. Kemudian salutkan dengan serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali supaya serbuk roti tersalut lebih tebal & rangup.
- Panaskan minyak. Goreng bebola dengan api yang sederhana. Terbalikkan supaya masak sama rata.
- Apabila warna dah bertukar keperangan, boleh angkat & sejukkan. Siap untuk makan!

Wah pejam celik siap dah santapan petang kita, Potato Cheese Ball minum bersama Teh-O. Lepas ni sis akan share lagi resepi best menggunakan cheese. Suka tak? Hehe. Apa pun yalls kenalah guna bahan-bahan segar untuk masakan ye & boleh dapatkan di TF Value-Mart dimana pelbagai produk untuk semua boleh didapati sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. Jumpa yalls untuk resepi lain, stay tune!











