Dah ready untuk resepi hari ni? Sis nak buat dessert Pisang Custard Cheese yang sangat sedap dan simple je. Maklumlah, mesti ada hari-hari yang kita teringin sangat nak pekena manisan kan tak gitu? Hihi. Kalau you all ada pisang berangan dekat rumah, jom kita sama-sama buat dessert ni. Let’s goooooo!
Bahan-bahan:
- Pisang berangan
- ½ Buttercup/minyak/butter/margarine
- ¼ cawan gula
- Susu cair
- 1 sb tepung custard
- ½ sb tepung jagung
- 1 cawan air
- 1 sk vanilla essence
- Mozzarella cheese
- Chocolate rice
Cara Penyediaan:
- Kupas pisang berangan.
- Panaskan api & masukkan buttercup dalam kuali. Kalau tak ada buttercup, boleh juga menggunakan butter/minyak/ margarine.
- Letak pisang & goreng sehingga berwarna keperangan. Dah siap boleh angkat & ketepikan.
- Seterusnya campurkan gula & susu cair. Panaskan menggunakan api sederhana sehingga naik wap & masukkan vanilla essence.
- Campurkan tepung custard, tepung jagung & air yang telah dikacau bersama ke dalam campuran susu cair tadi.
- Kacau sehingga menjadi pekat. Dah pekat boleh tutup api dapur.
- Tuangkan kuah custard tadi ke atas pisang.
- Taburkan mozzarella cheese & chocolate rice secukupnya. Siap untuk dimakan!
Sedap betul dessert kali ni kan, kalau nak buat untuk jual pun mesti laku keras hehe. Apa pun you all semua boleh dapatkan bahan-bahan dessert di mana-mana 42 cawangan TF Value-Mart berhampiran rumah you all. Jumpa di resepi seterusnya tau, see ya!