Hari ni sis nak kongsikan resepi bagi sesiapa yang nak buat tambahan lauk yang kejadiannya sangat mudah & cepat! Telur rebus air asam enak dimakan dengan nasi putih, goreng ayam atau ikan, sungguh rasanya hihi. Resepi daripada The Sisters Cooking Project , sis dah cuba memang nasi bertambah lah jawabnya. Jom kita mula!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Air
- 2 biji telur
- Air asam
- ½ cawan air suam
- 2 sb asam jawa


- ½ sk garam
- 1 sb gula
- ¼ sk Perasa
- ¼ biji bawang besar
- ½ biji tomato
- 4 biji cili padi
Cara penyediaan telur rebus:
- Masukkan air ke dalam periuk – separas atau tenggelam kan sedikit telur tersebut.
- Tunggu sehingga air mendidih, masukkan telur & tutup periuk. Rebus 5-6 minit.
- Tutup api & buka penutup periuk. Biarkan telur rebus 5-6 minit, baru bilaskan dengan air bersih sampai telur sejuk untuk memudahkan proses pengupasan.
- Belah telur rebus kepada dua bahagian.
Cara penyediaan air asam:
- Masukkan air suam ke dalam mangkuk.
- Masukkan asam jawa, tambahkan garam, gula & sedikit perasa. Kacau sehingga semuanya larut.
- Tapiskan untuk buang biji asam jawa (kalau guna asam jawa paste lebih mudah, tidak perlu tapis).
- Masukkan bawang, tomato, & cili padi. Kacau sebati.
- Tuangkan ke atas telur rebus. Siap.
Jadi tak jadi tu? Mestilah jadikan sebab senang sangat nak sediakan nya hihi. Apa pun jangan lupa dapatkan barangan segar seperti telur & sayur-sayuran di mana-mana 42 cawangan TF Value-Mart berdekatan anda. Jumpa anda di next resepi!











