Pepes Tauhu Kemangi Sunda ni memang jadi kegemaran pada mereka yang sukakan pepes/pais. Pepes khas ini memiliki tekstur yang lembut dan wangi  serta rasa pedas unik yang berbeza dengan pepes tauhu yg lain. 

Bahan-bahan:

  • 4 biji Tauhu putih 
  • 100 gram ikan bilis (goreng garing) 
  • 2 biji Telur 
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 2 ikat Daun Basil
  • 3 helai daun salam @ bay leaf (dikoyak-koyak)
  • 2 batang serai, dititik
  • Daun pisang secukupnya
  • Batang lidi untuk kemasan
  • Sedikit minyak untuk menumis  

 

Bahan kisar:

  • 6 ulas Bawang merah 
  • 4 ulas Bawang putih 
  • 8 tangkai Cili besar 
  • 6 tangkai Cili padi
  • Kiub ayam
  • Garam secukup rasa

 

Cara-cara:

  • Hancurkan tauhu putih menggunakan garpu. Asingkan.
  • Tumis bahan kisar, serai dan daun salam sehingga naik bau. 
  • Masukkan daun bawang, tauhu , garam, dan kuib ayam. Gaul rata.
  • Masukkan daun dan kacau rata. Matikan api.
  • Biarkan sejuk. Tambahkan telur yang dipukul sederhana. Kacau rata. 
  • Taburkan ikan bils goreng ke atas campuran tauhu sebelum dibungkus. Kukus sehingga masak. 
  • Bakar diatas arang atau oven sebelum dihidang. 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!