Harini macam nak buat Pan Bread Pizza lah, mesti anak-anak suka. Maklumlah sis lebih suka buat sendiri dekat rumah, lebih berbaloi & puas hati! hihi. Untuk yang pertama kali nak try, jangan risau sebab serius senang sangat & make sure ada kuali leper. Ok dah ready? Let’s go!
Bahan-bahan:
- 3 keping roti putih
- 3 biji telur
- Minyak
- Sos tomato (1 sudu besar)
- Sos cili (1 sudu besar)
- 1 cawan mozzarella cheese
- Lada benggala hijau
- Nanas tidbits
- Chicken Slice (potong kecil)
Cara-cara:
- Potong roti putih menjadi dadu. Ketepikan sementara.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
- Tuangkan ke atas roti dan gaul bagi sekata supaya roti disalut dengan baik.
- Seterusnya, letak sedikit minyak dan ratakan. Pada waktu ini api masih belum dibuka ya.
- Masukkan campuran roti dan telur tadi ke dalam kuali.
- Susunkan ia dan bentukkan 1 bulatan (seperti pizza).
- Buka api perlahan-lahan. Segera letakkan topping diatasnya – Sos tomato, sos cili, mozzarella cheese, lada benggala yang telah dipotong kecil, nanas tidbits, chicken slice & tambahkan lagi mozzarella cheese.
- Tutup dengan penutup kuali. Tunggu ia masak dengan api perlahan selama 6-8 minit atau sehingga semua cheese cair dengan sempurna.
- Potong pizza kepada segitiga dan selamat menjamu selera.
Resepi ni sangatlah senang ye, mak ayah boleh cuba! Nak ajar anak-anak buat sendiri pun idea yang bernas sangat. Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 45 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!