TF Value Mart

Orange Sparkling Nata Mudah & Refreshing, Minuman ‘Wajib’ Hari Raya!

Musim Raya ni, minuman refreshing memang wajib ada. Lagi-lagi bila cuaca panas, memang syok kalau dapat yang sejuk-sejuk. Jadi, Orange Sparkling Nata ni memang pilihan tepat untuk refresh tetamu yang datang beraya. Nak buat pun tak susah, semua bahan boleh dapat di TF Value-Mart. Jadi jom buat. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • Air oren
  • Buah oren
  • Air Sprite
  • TF Nata de Coco
  • Biji selasih (optional)
  • Pati sirap (untuk cantikkan warna air)

Cara-cara:

  1. Tuangkan separuh botol TF Nata de Coco ke dalam balang besar.
  2. Tambahkan sedikit pati sirap mengikut tahap kemanisan yang diingini, kemudian tuangkan air oren secukupnya.
  3. Masukkan beberapa keping hirisan oren untuk rasa yang lebih segar, diikuti dengan ais secukupnya.
  4. Masukkan biji selasih yang telah direndam sehingga kembang dan toskan terlebih dahulu.
  5. Akhir sekali, tuangkan air Sprite dan kacau sehingga semua bahan sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan ketika sejuk.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!