TFValue Mart

Onde-Onde – Resepi yang Mudah Disediakan di Rumah!

Apabila teringin makan kuih tradisi, onde-onde ni lah yang menjadi pilihan ramai! Kuih comel dengan inti Gula Melaka dan dilapisi dengan kelapa parut, sangat sedap! Hari ni, kami nak kongsi resepi untuk anda yang nak try buat onde-onde di rumah. Resepi ni senang je dengan bahan-bahan basic. Tapi hati-hati ya, takut makan terus after masak hehehe Selamat mencuba semua 🤗

 

Bahan:

  • 250g / 2 cawan Tepung Pulut
  • 200ml Air Daun Pandan
  • 100g / â…” cawan Kelapa Parut
  • Secubit Garam
  • 150g / 1 cawan Gula Melaka

Cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk besar, gabungkan tepung pulut dengan jus pandan dan uli perlahan-lahan. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Apabila doh timbul ke permukaan air, keluarkannya dengan sudu berlubang dan toskan air yang berlebihan. Campurkan balik ke dalam doh utama dan uli sehingga doh menjadi lembut. Tutup doh dengan plastik pelekat dan biarkan selama 15 minit.
  3. Dalam mangkuk yang sesuai untuk pengukus, campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus selama 2-3 minit. Biarkan doh sejuk sepenuhnya.
  4. Didihkan air dalam periuk yang sama dari Langkah 1. Ambil sedikit doh dan leperkan dengan tangan (pastikan ia tidak terlalu nipis). Isi bahagian tengah doh dengan Gula Melaka. Gulung doh di antara tapak tangan sehingga menjadi bola. Ulangi sehingga semua bahan habis digunakan.
  5. Masak onde-onde dalam air didih tersebut. Apabila onde-onde timbul ke permukaan air, keluarkan dengan sudu berlubang dan toskan air yang berlebihan. Salutkan dengan kelapa parut dan hidang.

Tips:

  • Sebelum anda masak, didihkan air dalam periuk dulu untuk doh yang diasingkan

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!