Resepi Nasi Tomato Simple: Cara Masak Sedap Macam Kenduri
Terliur sungguh bila teringat sedapnya menu nasi tomato ayam masak merah, acar timun, dan papadom kat kenduri kahwin. Tak perlu tunggu undangan kenduri, kita masak sendiri jer kat rumah menggunakan resepi nasi tomato simple ini!

Sebenarnya, cara buat nasi tomato tak lah serumit mana. Walaupun bahan nasi tomato nampak sedikit banyak, langkah penyediaannya sangat mudah untuk diikuti, terutamanya bagi anda yang mencari resepi nasi tomato sukatan cawan.
Bahan-bahan Nasi Tomato:
- 4 cawan beras basmati (direndam 30 minit)
- 6 cawan air (anggaran 1 cawan beras : 1.5 cawan air)
- 1/2 cawan susu cair & 3 sudu besar tomato puri
- 1 senduk minyak sapi (boleh ganti mentega/marjerin)
- 1 biji kiub ayam & garam secukup rasa
- 1/2 cawan kismis & 1 helai daun pandan
- Rempah Tumis: 3 kuntum bunga lawang, 3 tangkai bunga cengkih, 5 biji buah pelaga, 2 batang kulit kayu manis
- Bahan Hiris: 3 sm halia, 5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
Cara Masak Nasi Tomato Sedap & Mudah
- Basuh beras basmati yang telah direndam dan toskan sehingga kering.
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan hiris bersama rempah tumis dan daun pandan sehingga layu kekuningan serta naik bau.
- Masukkan tomato puri dan kacau rata selama beberapa minit.
- Masukkan beras, susu cair, kismis, kiub ayam, dan air. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan masak seperti biasa.
- Apabila nasi telah masak, biarkan seketika sebelum dikacau perlahan agar nasi tidak patah.
- Hiaskan dengan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama ayam masak merah.
Tips: Penggunaan kismis dalam menu nasi tomato memberikan imbangan rasa manis yang unik, manakala susu cair memberikan tekstur lemak yang lembut pada nasi.
Semoga perkongsian cara buat nasi tomato ini bermanfaat untuk uols cuba hujung minggu nanti! Hasilnya pasti setanding dengan nasi tomato che nom yang popular tu.
Untuk hasil masakan yang terbaik, pastikan uols gunakan bahan-bahan segar dari TF Value-Mart (TFVM). Kami telah menyajikan produk berkualiti sejak 1957 melalui 41 cawangan di seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah ke TFVM untuk dapatkan barangan segar SETIAP HARI!











