Resepi Sambal Sotong Nasi Lemak Klasik: Aroma Memikat Selera
Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resepi klasik yang tak pernah gagal memikat hati kita semua — Sambal Sotong Nasi Lemak! 😍 Dengan aroma nasi yang berlemak dan sambal sotong yang sedap, hidangan ini confirm membangkitkan selera.
Sama ada anda peminat nasi lemak sotong tegar atau sekadar mahu mencuba menu nasi sotong yang istimewa, resepi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golongan. Jom kita semak bahan-bahannya!

Bahan-bahan Nasi Lemak:
- 3 cawan beras Basmathi (dicuci bersih)
- 3 cawan air & 1 kotak santan
- 2 helai daun pandan & 2 tangkai serai
- Halia (dihiris/diketuk)
- Minyak & 1 sudu kecil garam
Bahan Sambal Sotong:
- Sotong segar (dipotong bersih)
- Cili Kisar & Asam Jawa
- Bawang Putih & Bawang Besar (dihiris/kisar)
- Minyak, Garam & Gula secukup rasa
Cara Penyediaan Nasi Lemak Beraroma
- Cuci beras basmathi sehingga bersih dan rendamkan selama 15 minit untuk tekstur nasi yang panjang dan cantik.
- Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama santan, garam, serai, halia, daun pandan, dan sedikit minyak untuk kesan nasi yang berkilat.
- Gaul sebati dan biarkan ia masak seperti biasa.
Cara Masak Sambal Sotong Nasi Lemak
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, dan cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa untuk mengimbangkan rasa pedas dan kacau rata.
- Masukkan sotong yang sudah dipotong. Gaul rata sehingga sotong masak sempurna dan kuah sambal menjadi pekat serta empuk.
Tips Hidangan: Jangan lupa lengkapkan nasi lemak zaman ini dengan telur rebus, timun segar, kacang goreng, dan ikan bilis garing baru la best! 😘
Resepi sambal sotong nasi lemak ini bukan sahaja mudah, malah kualitinya bergantung pada kesegaran bahan mentah. Anda boleh dapatkan semua bahan segar ini di TF Value-Mart (TFVM).
Sejak 1957, TFVM telah menyajikan pelbagai produk segar untuk semua melalui 48 cawangan di seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang untuk hasilkan nasi lemak sotong yang paling mantap!











