Nasi Kerabu ni memang cukup femes kat Pantai Timur, tapi sekarang dah jadi makanan feveret ramai serata Malaysia. Apa yang menarik adalah hidangan nasi biru yang terhasil secara semulajadi daripada kelopak bunga telang. Selain warna biru, ada juga yang sediakan variasi nasi bunga telang ni dalam warna kuning atau putih mengikut selera.
Resepi Nasi Kerabu ini memang paling sedap dimakan bila lengkap regunya. Pilihan lauk terpulang pada selera masing-masing—ikan kering, ikan goreng tepung, ayam percik, atau daging bakar sering jadi pilihan utama. Lauk sampingan lain dah tentu telur masin, solok lada, keropok, budu, dan ulam nasi kerabu yang segar. Sambal pun kena padu, barulah ngam!
Uols boleh ikut cara masak nasi kerabu kat bawah ni untuk hidangan keluarga kat rumah. Good luck!
Cara Buat Nasi Kerabu Bunga Telang
Bahan Nasi Kerabu (Nasi Biru):
- 4 cawan beras (dicuci bersih)
- Air secukupnya
- Segengam bunga telang (rendam semalaman & kisar untuk warna biru asli)
- 2 batang serai (dititik)
- 2 helai daun limau purut (untuk aroma)
*Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Kuah Sambal Tumis
- 10 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang merah & 1 biji bawang besar
- 1/2 labu bawang putih & 1/2 inci halia
- 200 gm santan pekat
- 3 batang serai (diketuk)
- 2 keping asam keping & 2 sudu besar budu
- Garam bukit & gula secukup rasa
Langkah Penyediaan:
- Kisar cili, bawang, dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan dan air, sentiasa kacau supaya tidak berketul. Masukkan serai, asam, budu, dan gula.
- Masak sehingga pekat dan pecah minyak sekali lagi.
Sambal Ikan Kelapa
- 1 biji kelapa parut (digoreng tanpa minyak & tumbuk kasar)
- 7 ekor ikan selayang (direbus & ambil isinya sahaja)
- 5 ulas bawang merah & 4 batang serai
- Nise/gula melaka, lada hitam & garam
Ulam Nasi Kerabu & Sayur:
Antara sayur nasi kerabu yang wajib ada:
- Kubis & Kacang Panjang
- Tauge segar
- Bunga kantan & Daun kesum
- Pucuk selom atau Daun serai kayu
*Hiris semua ulam halus-halus untuk rasa yang lebih asli.

Semoga resepi nasi kerabu simple ini bermanfaat untuk uols! Gunalah bahan-bahan segar dari TFVM untuk hasil masakan yang lebih mantap. Kami menyediakan pelbagai barangan segar untuk anda setiap hari di 41 cawangan seluruh Malaysia sejak 1957!











