Cara Memasak Nasi Goreng Pattaya
Sedapnyaaaa! Kita makan nasi goreng pattaya nak tak hari ni? Sangat menyelerakan, sis tahu semua mesti akan suka. Lagi-lagi buat penggemar telur di luar sana. Apa tunggu lagi tu? Dah ready bahan ke belum. Kalau dah….jom kita mula!

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 1 genggam ayam dadu
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- ¼ cawan lobak merah
- 3 biji telur ayam
- Kicap lemak manis
- Sedikit sayur kubis
- Sos cili
- Timun
- Tomato
Cara Penyediaan Nasi Goreng:
- Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
- Masukkan bawang putih yang telah dipotong kecil, hirisan bawang merah, ayam dadu dan kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan cili kisar dan sos tiram. Kacau sebati.
- Masukkan garam, lobak merah yang dipotong dadu, kacau untuk ratakan.
- Masukkan sebiji telur dan gaulkan, kemudian masukkan nasi putih. Gaul bagi sekata.
- Masukkan kicap lemak manis secukup rasa, sedikit sayur kubis dan kacau sebati.
- Angkat nasi goreng dan ketepikan.
Cara Penyediaan Telur:
- Sediakan satu mangkuk kecil, masukkan dua biji telur dan kacau.
- Sediakan kuali leper dan masukkan sedikit minyak. Buka api secara perlahan.
- Masukkan telur dan ratakan ia dalam kuali. Biarkan telur masak, kemudian tutup api.
- Tuangkan nasi goreng ke atas telur dan lipat telur cantik-cantik.
- Angkat nasi goreng pattaya dan hidangkan di atas pinggan. Letakkan sos cili diatasnya. Boleh tambah timun dan tomato di tepi.
- Siap untuk dimakan!

Sedap kan makan nasi goreng pattaya ni, korang selalu makan tak? Sis suka makan untuk dinner hihi. Yang penting kenalah guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











