Siapa nak resepi simple? Kita nak kongsikan resepi Nasi Goreng Cili Kering hihi Resepi ni di antara resepi yang tak telan dek zaman, dari atuk nenek kita sampai lah ke cucu cicit.. Confirm menjadi kegemaran ramai. Janji tak yah susah-susah dah korang beli kat luar, follow je resepi ni ye, pasti sedap! Selamat mencuba semua 🙌
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah (potong dadu)
- 1 sudu udang kering (rendam dengan air)
- Segenggam ikan bilis (direndam dengan air panas)
- 4 biji bawang putih
- Belacan (dibakar)
- Segenggam cili kering (direndam dengan air panas)
- Udang
- 2 biji telur
- Nasi putih
- 1 sudu kicap manis
- Sedikit sos tiram
- Perasa secukupnya
- Sayur sawi (atau pilihan masing-masing)
Cara penyediaan:
- Masukkan bawang merah, udang kering, segenggam ikan bilis, ingga lumat, bawang putih, belacan dan cili kering ke dalam pengisar dan kisar halus.
- Kemudian, panaskan kuali dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang dan telur, kacau sehingga semua sebati.
- Kemudian masukkan nasi putih dan gaul sebati bersama bahan yang lain.
- Kemudian, masukkan pula kicap manis, sos tiram, sedikit perasa dan sayur hijau pilihan masing-masing dan gaul.
Dah siap!
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!