Skip to main content

TF Value Mart

Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli (Tips Nasi Lembut & Berkilat)

Salah satu sarapan yang digemari ramai di Malaysia ialah Nasi Dagang. Hidangan ini sangat ikonik, lagi-lagi bagi mereka yang berasal dari Terengganu. Walaupun hidangan tradisi ini nampak mencabar, sebenarnya cara buat nasi dagang tidaklah sesukar yang disangka jika kena tekniknya! Berikut adalah resepi nasi dagang Terengganu asli yang sis kongsikan untuk korang cuba buat kat rumah. Jangan lupa gandingkan dengan gulai ikan tongkol dan acar bagi melengkapkan hidangan ini. Selamat mencuba!

Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli

Bahan Nasi Dagang (Nasi):

  • 4 cawan beras nasi dagang (boleh guna beras Jati atau beras khas nasi dagang)
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair (dicampur sedikit gula dan garam)
  • 1 – 1 ½ cawan santan pekat (dicampur sedikit garam)
  • 1 sudu halba, 2 ulas bawang merah & ½ inci halia (dihiris halus)

Gambar Nasi Dagang Terengganu Original

Cara Masak Nasi Dagang:

  1. Campurkan beras dan beras pulut, rendam selama 8 jam atau semalaman untuk tekstur terbaik.
  2. Kukus campuran beras selama 20 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas besar.
  3. Arunkan (gaul) nasi dengan santan cair sehingga meresap sepenuhnya. Ulang proses sehingga santan habis.
  4. Kukus semula selama 20 minit. Taburkan hiris bawan, halia, dan halba di atas nasi.
  5. Angkat nasi untuk kali kedua dan gaul rata dengan santan pekat sehingga nasi nampak lembut dan berkilat.

Resepi Gulai Ikan Tongkol (Ikan Aya):

Gulai yang padu memerlukan rempah nasi dagang yang berkualiti.

Bahan-bahan Gulai:

  • Ikan Aya Hitam (rebus bersama asam keping dan garam – simpan air rebusan)
  • 1 paket rempah gulai cap bunga ros (15 gram)
  • 3 sudu cili mesin & 1 sudu kerisik
  • Bahan Kisar: Bawang besar, bawang putih, halia, dan lengkuas
  • Santan pekat (1 ½ liter), gula melaka, belacan & asam keping

Cara Penyediaan Gulai:

  1. Masak santan sehingga naik minyak, kemudian masukkan semua bahan kisar, rempah gulai, dan cili mesin.
  2. Masukkan air rebusan ikan tadi untuk menambah rasa ‘umph’. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Masak lama sedikit jika mahukan resepi kuah nasi dagang yang pekat.

Acar Timun Simple:

  • Hiris memanjang timun, carrot, cili merah dan bawang.
  • Gaul sebati dengan gula, garam, dan cuka. Siap untuk dihidang!

Semoga perkongsian nasi dagang terengganu ini bermanfaat untuk uols! Untuk rasa yang paling asli, pastikan uols dapatkan beras nasi dagang dan bahan-bahan segar di TFVM. Dengan 42 cawangan di seluruh Malaysia, kami sedia membantu anda menyediakan hidangan terbaik setiap hari!