Haa kali ni sis nak share cara-cara buat dessert sedap untuk korang berbuka di bulan Ramadhan nanti bersama keluarga tercinta. Mocha Jelly Drink! Pernah try buat tak sebelum ni? Kalau tak pernah, jom kita cuba buat sama-sama sebab alahai mudah petik jari je hihi.
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 bungkus agar-agar
- 2 uncang kopi
- 120 gram gula pasir (boleh kurang/tambah)
- 750 ml air
- Cincau
- Nata De Coco
- 300 ml susu UHT
- 380 ml susu cair
- 120 ml susu pekat manis
- 1 sk chocolate essence
- Ais batu
Cara-caranya:
- Masukkan air & biarkan ia mendidih seketika.
- Letakkan 2 uncang kopi, kalau nak guna serbuk kopi segera pun boleh. Keluarkan uncang tadi apabila dah cukup pekat.
- Masukkan gula pasir, kacau sehingga sebati kesemua adunan.
- Tuangkan adunan agar-agar ke dalam bekas & simpan di dalam peti ais sehingga sejuk.
- Apabila adunan agar-agar dah sejuk & membentuk, potong kepada 4 bahagian.
- Sediakan bekas. Parutkan agar-agar tadi secara memanjang.
- Tuangkan cincau & nata de coco. Kalau ada sagu mutiara pun boleh masukkan sekali.
- Tuangkan susu UHT, susu cair, susu pekat manis dan chocolate essence.
- Letakkan ais batu secukupnya. Kacau sebati & siap untuk dihidang.
Rasa dahaga tak tengok Mocha Jelly Drink ni? Jangan lupa catit menu ni siap-siap okay sebab mudah sangat, nanti dah cuba buat komen-komen lah sikit hee. Dan yang penting sekali, barang-barang diatas boleh je dapatkan di mana-mana 41 cawangan TF Value-Mart tau!
Kita jumpa lagi untuk resepi seterusnya okeh, Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam.