Bila tekak tiba-tiba terliur nak makan sotong bakar ala Hatyai, itu yang terjumpa resepi terpaling padu! Sotong bakar & sos pedas thai dari Alia Adila Hassim, buatkan sis terliur sambil menulis. Pastikan nasi putih dah siap masak tau, sebab lepas buat ni confirm perut terus berlagu & meminta untuk diisi. Resepi mudah ni boleh dibuat untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Selamat mencuba!
Bahan perapan sotong:
- 8 ekor sotong | dibersihkan
- 2 sudu kecil gula
- 1-2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu sos cili
Cara-cara:
- Kelar sotong (Jangan sampai terputus).
- Campurkan semua bahan-bahan tadi. Gaul dengan sotong.
- Perap selama 15 minit.
- Bakar dalam air fryer 140c, 15 minit (tambahan masa 5 minit, suhu 180c untuk bagi sotong garing).
- Kalau tiada air fryer, boleh grill atas pan atau bakar seperti biasa.
Bahan-bahan untuk sos pedas thai:
- 2 ulas bawang putih*
- 7 – 8 tangkai cili padi*
- Akar ketumbar*
- 1-2 sudu kecil gula kabung thai (boleh ganti dengan gula melaka)*
- Sos ikan / nampla
- 3 – 4 biji limau kasturi atau nipis (perah ambil jusnya sahaja)
- Daun ketumbar (Cincang halus)
- Air suam
- Garam (optional)
Cara penyediaan:
- Tumbuk bahan bertanda (*)
- Campurkan dengan air limau, sos ikan, bawang merah & akar ketumbar. (Kalau kuah agak pekat, boleh tambah sedikit air untuk bagi cair)
- Seimbangkan rasa masam manis pedas masin mengikut selera.
- Boleh tuangkan atas sotong yang telah siap dibakar atau untuk cicah.
- Siap!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!