TFValue Mart

Menu Terpaling Mudah, Dumpling Soup!

Cuaca tak menentu ni kadang-kadang kacau selera kita kan? Nah meh kita buat Dumpling Soup! Resepi ni serius mudah dan tak perlu masa yang lama pun nak buat tau. Jangan lupa makan dumpling ni dengan chili oil tau, dia punya kick tu.. memang terbaik! Selamat mencuba 🙌

Bahan (Dumpling):

  • Isi ayam
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Bawang putih (dicarik)
  • Daun bawang
  • Garam
  • Lada putih
  • Kulit dumpling

Bahan (Sup):

  • Bawang putih dan halia (dihiris)
  • Air
  • ½ kiub pati ayam
  • Lada sulah
  • Garam
  • Daun bawang
  • Minyak bijan

Cara penyediaan (Dumpling):

  1. Campurkan kesemua bahan tadi yang telah dipotong beserta garam, lada putih, telur (optional) ke dalam bekas dan gaul sebati.
  2. Ambil sedikit bahan yang telah digaul sebati tadi dan letakkan di bahagian tengah kulit dumpling. Kemudian lipat ikut kreativiti masing-masing. Janji comel!
  3. Kemudian, panaskan air dan rebus seketika sehingga inti masak.
  4. Bila dah masak, boleh angkat dan ketepikan.

Cara penyediaan (Sup):

  1. Tumiskan hirisan bawang putih dan halia sehingga nampak kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  3. Kemudian masukkan lada sulah, garam, sedikit minyak bijan. Taburkan daun bawang dan biarkan mendidih.
  4. Siap! Dah boleh hidang bersama cili oil. Lagi umph!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!